Pages

Monday, January 6, 2014

Perjalanan Hijrah Hidupku



Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi apa yang terbuku di dalam hati. Bukan niat untuk riak ataupun takabbur, cuma berharap agar kisah yang bakal dikongsi mampu membuatkan kita semua terdetik untuk mencari arah kembali ke jalan yang benar.

Aku pun tidak tahu ingin bermula di mana kisah ini, terlalu banyak persimpangan di dalam hidupku. Dan setiap kali itulah aku tersilap memilih simpang. Sekadar untuk menyingkatkan cerita, after Form 3, aku terpaksa berpindah sekolah di atas beberapa sebab walaupun result aku boleh dibanggakan juga. Aku dikhabarkan bahawa aku terpaksa berpindah sekolah oleh kedua ibubapa ku. Aku tidak kisah sebab ke mana aku pergi, aku tidak pernah takut dengan suasana baru.

Kemudian, masuklah aku ke sekolah yang biasa, bukanlah se-islamik orang2 lain. Aku mula buat hal aku di sekolah baru aku. Aku mula masuk dengan geng2 yang aku rasakan "sekepala". Aku mula mencuba semua benda. Apa benda yang sebagai seorang pelajar tidak seharusnya buat, aku buat. Apa aku peduli? Ini hidup aku!!! Syukur kepada Allah, Allah masih lagi menjaga diriku kerana tidak pernah membenarkan aku menghirup air kencing syaitan. Walaupun kalu kamu semua lihat diriku pada waktu itu, memang pada fikiranmu, tidak mustahil aku pernah meneguknya. Kejahatan selain daripada itu? Wallahualam, aku pun tidak sedar apa yang aku pernah buat.

'hidup dunia bukanlah seindah yang dilihat'

Form 4 berlalu dengan aku lebih lalai dengan dunia aku. Form 5 tiba, aku masih lagi seperti itu juga, tiada seorang pun yang pernah datang kepadaku untuk mengatakan "Kembalilah kepada Allah". Sampai kini, aku masih lagi terfikir, di manakah orang2 yang sepatutnya menyelamatkan aku pada masa itu?

Aku boleh lah dikategorikan sebagai seorang yang boleh skor tanpa belajar. Dan aku skor dengan baik di dalam SPM aku walaupun dengan perangai binatangku itu. Aku terus dengan hidupku, meninggalkan kawan2 ku yang ramainya gagal dalam SPM mereka. Apa aku peduli dengan mereka, yang penting aku dapat sambung pelajaran aku.

Aku terus diterima di salah sebuah universiti yang agak terkenal dengan biasiswa daripada salah satu syarikat gergasi di dunia. Aku gembira! Target aku bila aku dah masuk universiti nanti, aku akan jadi sejahat-jahatnya. Aku dah siap2 buat list apa yang aku ingin buat. Perempuan? Mencuri? Bergaduh? Semua tu biasa bagi aku. Aku ingin lebih daripada itu!!

'kehidupan baru haruslah dengan niat yang baru'

Sekali lagi, tanpa diduga, Allah telah menghadirkan seseorang di dalam hidupku. Aku terserempak dengan sahabat se-tadika-ku dahulu. Kami berpakat untuk berada di dalam bilik yang sama(2 orang sebilik).

Aku se-'rummate' dengan orang yang baik rupanya!!(gelak kecil hatiku)

Aku hanya melihat sahaja Izudin(bukan nama sebenar rummateku) bersembahnyang, pergi masjid, kawan dengan orang pakai kopiah. Aku bukan kisah sangat pun pasal semua tu, yang penting hidup aku enjoy. Bila malam je, aku pasti akan menghilang.

'aku rindu sahabatku'

Tiba satu hari, Izudin bertanya kepadaku, "Fir(bukan nama sebenar aku), apa tujuan sebenar kau masuk uni ni ea?"

"Entahlah, aku pun takde jawapan," jawab aku ringkas.

"Aku masuk uni ni pun hanya nak cari 3 benda je, yang pertama, usrah, kedua, nak belajar silat, ketiga, nak belajar bersungguh2," jawab Izudin tanpa ditanya.

"USRAH???" pertama kali aku mendengarnya.

"Usrah ni adalah maksudnya keluarga, kiranya kita duk sekali dengan sahabat2, bincang2, minum2, seronok la. Jom la kalau ko nak join, best kot. Ramai gak yang join," Izudin menerangkan.

"Ermm, boleh la kot."

Izudin tersenyum aku perasan. Demi Allah, aku sendiri tidak sedar mengapa aku bersetuju dengan pelawaan itu. Allah... betapa mudahnya Kau memberi hidayah.

Mulai dari hari itu, aku mula menyertai usrah. Pertama kali usrah(aku ingat dengan jelas lagi tarikh itu, 14 Oktober 2009, hari Rabu) betapa aku menyedari hinanya diri aku selama ini. Dipendekkan cerita lagi, aku mula berubah sedikit demi sedikit, walaupun betapa banyaknya aku terjatuh dan tergelincir.

'ada apa dengan usrah???'

Namun, kali ini, aku sudah bisa memilih persimpangan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Memendekkan lagi ceritaku, kini, 6 Januari 2014, sudah hampir 5 tahun berlalu. Aku kini alhamdulillah sudah berubah jauh lebih baik dari aku yang 5 tahun lepas. Syukur kepada Allah atas semua nikmat yang telah diberi. Izudin sudah pergi meninggalkanku 3 tahun yang lepas, namun rinduku kepada sahabatku itu tidak pernah pudar. Allah....

Sekarang, pentarbiahan diriku masih lagi berterusan. Sungguh, tarbiah diri kita tidak pernah putus sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir kita. Aku kini ingin berkongsi kebahagiaan aku dalam tarbiah dengan adik2, sahabat2, keluargaku. Aku ingin mengatakan kepada mereka "Kembalilah kepada Allah".

Semua mad'u-mad'u aku dididik dengan sebaiknya kerana aku tahu betapa hodohnya dunia di luar sana. Aku tidak ingin melihat mereka menjadi sepertiku dahulu. Aku menyesal ya Allah.... Aku tidak mahu melihat sahabat2 ku, aku ingin mengajak orang di luar sana kepadaMu ya Allah!!!


'bertaubatlah wahai sahabat'

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Ketika jiwa merasa kesal dan sesal,
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tiada lagi,
Kadangkala Allah hadirkan sesuatu ataupun seseorang dalam hidup kita,
Dengan tujuan merubah kita.

Ikhwah dan akhwat,
Lihatlah di sekelilingmu,
Allah dengan pasti sudah menghantarkan kepadamu seseorang ataupun sesuatu,
Untuk memberi pengajaran kepadamu,
Yang perlu kamu buat hanyalah melihatnya bukan dengan dua biji matamu,
Tapi lihatlah dengan mata hatimu itu.

Namun untuk melihat dengan mata hati,
Pohonlah hidayah daripada Allah,
Bertaubatlah kepada Allah,
Seluas-luas pintu dalam Islam adalah pintu taubat,
Kita tahu kita ada Tuhan maka yakinlah bahawa Tuhan kita akan mengampunkan dosa kita.

Abu Jahal memerangi Nabi,
Anaknya Ikrimah Bin Abu Jahal memeluk Islam,
Sahabat Nabi dan tergolong sebagai orang yang dekat dengan Nabi S.A.W.

Abu Suffian sepanjang sejarah hidupnya,
Dari Perang Badar sehingga pelbagai peperangan dia menyertai untuk memusnahkan Islam,
Dia adalah panglima tentera untuk melawan Islam,
Namun Nabi masuk Kota Makkah Abu Suffian memeluk Islam,
Melindungi Islam dan sehinggakan tercabut matanya mempertahankan Nabi.

Suhail Bin Amr,
Tatkala Perjanjian Hudaibiah dia adalah wakil Quraisy,
Menolak perkataan Bismillahirrahmanirrahim,
Habis perjanjian anak Suhail berlari keluar,
Meminta pertolongan untuk menyelamatkan dia yang diseksa kerana memeluk Islam,
Suhail mengheret anaknya ke belakang,
Akhirnya Suhail memeluk Islam,
Bila Nabi buka Kota Makkah dua tahun berikutnya,
Nabi cukur rambut, Suhail melutut di tanah mengutip rambut Nabi,
Mengutip lalu mencium rambut Nabi tanda sayangnya dia kepada Nabi.

'bertaubatlah wahai sahabat'


Ikhwah dan Akhwat,
Tengoklah, manusia yang tampil menentang Nabi S.A.W. pun Allah ampunkan dosa-dosa mereka. Jadi, apakah dosa-dosamu Allah akan biarkan begitu sahaja bilamana kamu kembali kepada-Nya? Akhi, kembali lah, sungguh jalan ini sangatlah indah.

Wallahu'alam, maaf andai kata entri ini terpanjang. Semoga bermanfaat untuk semua, maaf sekirannya ada terkasar bahasa atau terguris perasaan. Tulisan kali ini hanyalah luahan daripada penulis sendiri.

p/s : kalau punya masa, tontonlah video yang saya insertkan linknya di bahagian comment.


-freak_always-
-6/1/2014-
-2:31 a.m.-
Perjalanan taubat itu sangat jauh, akan tetapi percayalah bahawa ia berbaloi andai kita bersabar...