Pages

Monday, January 6, 2014

Perjalanan Hijrah Hidupku



Assalamualaikum,

Sekadar ingin berkongsi apa yang terbuku di dalam hati. Bukan niat untuk riak ataupun takabbur, cuma berharap agar kisah yang bakal dikongsi mampu membuatkan kita semua terdetik untuk mencari arah kembali ke jalan yang benar.

Aku pun tidak tahu ingin bermula di mana kisah ini, terlalu banyak persimpangan di dalam hidupku. Dan setiap kali itulah aku tersilap memilih simpang. Sekadar untuk menyingkatkan cerita, after Form 3, aku terpaksa berpindah sekolah di atas beberapa sebab walaupun result aku boleh dibanggakan juga. Aku dikhabarkan bahawa aku terpaksa berpindah sekolah oleh kedua ibubapa ku. Aku tidak kisah sebab ke mana aku pergi, aku tidak pernah takut dengan suasana baru.

Kemudian, masuklah aku ke sekolah yang biasa, bukanlah se-islamik orang2 lain. Aku mula buat hal aku di sekolah baru aku. Aku mula masuk dengan geng2 yang aku rasakan "sekepala". Aku mula mencuba semua benda. Apa benda yang sebagai seorang pelajar tidak seharusnya buat, aku buat. Apa aku peduli? Ini hidup aku!!! Syukur kepada Allah, Allah masih lagi menjaga diriku kerana tidak pernah membenarkan aku menghirup air kencing syaitan. Walaupun kalu kamu semua lihat diriku pada waktu itu, memang pada fikiranmu, tidak mustahil aku pernah meneguknya. Kejahatan selain daripada itu? Wallahualam, aku pun tidak sedar apa yang aku pernah buat.

'hidup dunia bukanlah seindah yang dilihat'

Form 4 berlalu dengan aku lebih lalai dengan dunia aku. Form 5 tiba, aku masih lagi seperti itu juga, tiada seorang pun yang pernah datang kepadaku untuk mengatakan "Kembalilah kepada Allah". Sampai kini, aku masih lagi terfikir, di manakah orang2 yang sepatutnya menyelamatkan aku pada masa itu?

Aku boleh lah dikategorikan sebagai seorang yang boleh skor tanpa belajar. Dan aku skor dengan baik di dalam SPM aku walaupun dengan perangai binatangku itu. Aku terus dengan hidupku, meninggalkan kawan2 ku yang ramainya gagal dalam SPM mereka. Apa aku peduli dengan mereka, yang penting aku dapat sambung pelajaran aku.

Aku terus diterima di salah sebuah universiti yang agak terkenal dengan biasiswa daripada salah satu syarikat gergasi di dunia. Aku gembira! Target aku bila aku dah masuk universiti nanti, aku akan jadi sejahat-jahatnya. Aku dah siap2 buat list apa yang aku ingin buat. Perempuan? Mencuri? Bergaduh? Semua tu biasa bagi aku. Aku ingin lebih daripada itu!!

'kehidupan baru haruslah dengan niat yang baru'

Sekali lagi, tanpa diduga, Allah telah menghadirkan seseorang di dalam hidupku. Aku terserempak dengan sahabat se-tadika-ku dahulu. Kami berpakat untuk berada di dalam bilik yang sama(2 orang sebilik).

Aku se-'rummate' dengan orang yang baik rupanya!!(gelak kecil hatiku)

Aku hanya melihat sahaja Izudin(bukan nama sebenar rummateku) bersembahnyang, pergi masjid, kawan dengan orang pakai kopiah. Aku bukan kisah sangat pun pasal semua tu, yang penting hidup aku enjoy. Bila malam je, aku pasti akan menghilang.

'aku rindu sahabatku'

Tiba satu hari, Izudin bertanya kepadaku, "Fir(bukan nama sebenar aku), apa tujuan sebenar kau masuk uni ni ea?"

"Entahlah, aku pun takde jawapan," jawab aku ringkas.

"Aku masuk uni ni pun hanya nak cari 3 benda je, yang pertama, usrah, kedua, nak belajar silat, ketiga, nak belajar bersungguh2," jawab Izudin tanpa ditanya.

"USRAH???" pertama kali aku mendengarnya.

"Usrah ni adalah maksudnya keluarga, kiranya kita duk sekali dengan sahabat2, bincang2, minum2, seronok la. Jom la kalau ko nak join, best kot. Ramai gak yang join," Izudin menerangkan.

"Ermm, boleh la kot."

Izudin tersenyum aku perasan. Demi Allah, aku sendiri tidak sedar mengapa aku bersetuju dengan pelawaan itu. Allah... betapa mudahnya Kau memberi hidayah.

Mulai dari hari itu, aku mula menyertai usrah. Pertama kali usrah(aku ingat dengan jelas lagi tarikh itu, 14 Oktober 2009, hari Rabu) betapa aku menyedari hinanya diri aku selama ini. Dipendekkan cerita lagi, aku mula berubah sedikit demi sedikit, walaupun betapa banyaknya aku terjatuh dan tergelincir.

'ada apa dengan usrah???'

Namun, kali ini, aku sudah bisa memilih persimpangan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Memendekkan lagi ceritaku, kini, 6 Januari 2014, sudah hampir 5 tahun berlalu. Aku kini alhamdulillah sudah berubah jauh lebih baik dari aku yang 5 tahun lepas. Syukur kepada Allah atas semua nikmat yang telah diberi. Izudin sudah pergi meninggalkanku 3 tahun yang lepas, namun rinduku kepada sahabatku itu tidak pernah pudar. Allah....

Sekarang, pentarbiahan diriku masih lagi berterusan. Sungguh, tarbiah diri kita tidak pernah putus sehinggalah kita menghembuskan nafas terakhir kita. Aku kini ingin berkongsi kebahagiaan aku dalam tarbiah dengan adik2, sahabat2, keluargaku. Aku ingin mengatakan kepada mereka "Kembalilah kepada Allah".

Semua mad'u-mad'u aku dididik dengan sebaiknya kerana aku tahu betapa hodohnya dunia di luar sana. Aku tidak ingin melihat mereka menjadi sepertiku dahulu. Aku menyesal ya Allah.... Aku tidak mahu melihat sahabat2 ku, aku ingin mengajak orang di luar sana kepadaMu ya Allah!!!


'bertaubatlah wahai sahabat'

KEMBALILAH KEPADA ALLAH

Ketika jiwa merasa kesal dan sesal,
Mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan,
Ketika harapan dirasakan tiada lagi,
Kadangkala Allah hadirkan sesuatu ataupun seseorang dalam hidup kita,
Dengan tujuan merubah kita.

Ikhwah dan akhwat,
Lihatlah di sekelilingmu,
Allah dengan pasti sudah menghantarkan kepadamu seseorang ataupun sesuatu,
Untuk memberi pengajaran kepadamu,
Yang perlu kamu buat hanyalah melihatnya bukan dengan dua biji matamu,
Tapi lihatlah dengan mata hatimu itu.

Namun untuk melihat dengan mata hati,
Pohonlah hidayah daripada Allah,
Bertaubatlah kepada Allah,
Seluas-luas pintu dalam Islam adalah pintu taubat,
Kita tahu kita ada Tuhan maka yakinlah bahawa Tuhan kita akan mengampunkan dosa kita.

Abu Jahal memerangi Nabi,
Anaknya Ikrimah Bin Abu Jahal memeluk Islam,
Sahabat Nabi dan tergolong sebagai orang yang dekat dengan Nabi S.A.W.

Abu Suffian sepanjang sejarah hidupnya,
Dari Perang Badar sehingga pelbagai peperangan dia menyertai untuk memusnahkan Islam,
Dia adalah panglima tentera untuk melawan Islam,
Namun Nabi masuk Kota Makkah Abu Suffian memeluk Islam,
Melindungi Islam dan sehinggakan tercabut matanya mempertahankan Nabi.

Suhail Bin Amr,
Tatkala Perjanjian Hudaibiah dia adalah wakil Quraisy,
Menolak perkataan Bismillahirrahmanirrahim,
Habis perjanjian anak Suhail berlari keluar,
Meminta pertolongan untuk menyelamatkan dia yang diseksa kerana memeluk Islam,
Suhail mengheret anaknya ke belakang,
Akhirnya Suhail memeluk Islam,
Bila Nabi buka Kota Makkah dua tahun berikutnya,
Nabi cukur rambut, Suhail melutut di tanah mengutip rambut Nabi,
Mengutip lalu mencium rambut Nabi tanda sayangnya dia kepada Nabi.

'bertaubatlah wahai sahabat'


Ikhwah dan Akhwat,
Tengoklah, manusia yang tampil menentang Nabi S.A.W. pun Allah ampunkan dosa-dosa mereka. Jadi, apakah dosa-dosamu Allah akan biarkan begitu sahaja bilamana kamu kembali kepada-Nya? Akhi, kembali lah, sungguh jalan ini sangatlah indah.

Wallahu'alam, maaf andai kata entri ini terpanjang. Semoga bermanfaat untuk semua, maaf sekirannya ada terkasar bahasa atau terguris perasaan. Tulisan kali ini hanyalah luahan daripada penulis sendiri.

p/s : kalau punya masa, tontonlah video yang saya insertkan linknya di bahagian comment.


-freak_always-
-6/1/2014-
-2:31 a.m.-
Perjalanan taubat itu sangat jauh, akan tetapi percayalah bahawa ia berbaloi andai kita bersabar...

Tuesday, October 18, 2011

FOTORADUAN #Jomblo

Demi menerima penghargaan, demi menerima kasih Perempuan Jomblo, aku ingin menyertai peraduan yang dibuat olehnya.


Untuk mengetahui lebih lagi tentang peraduan ini, klik sini.

Ringkasan FotoRaduan™
  • FotoRaduan adalah sebuah peraduan fotografi di mana setiap bulan kamu akan di beri satu tema mengikut suka hati aku.
  • Setiap yang ingin menyertai mesti lah rakamkan gambar/imej berdasarkan tema yang telah diberikan.
  • Selepas selesai merakam, kamu dibenarkan untuk menambahkan kesan khas (edit la) supaya gambar tersebut dapat menarik hati aku, selaku juri utama. Kalau tak edit pun tak apa.
  • Sebarang typo/copy untuk menyokong foto tersebut adalah dibenarkan.
  • Saiz WIDTH foto mestilah tidak lebih dari 1000px.
  • Selepas siap dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri itu, kamu hendaklah tepek foto tersebut di blog/portal/website masing-masing dan ceritakan serba sedikit tentang foto serta masukkan link FotoRaduan bersama :)
  • Kemudian copy link entry blog kamu itu dan paste kan pada ruang komen di sini untuk tujuan penilaian juri. 
  • Atau kamu boleh email kan LINK ke faridahnoor@gmail.com dengan subjek FOTORADUAN #Jomblo
  • Penilaian adalah berdasarkan gambar siapa yang paling kreatif dan sejauh mana kamu mengolah pemahaman terhadap tema yang diberikan.
  • Setiap peserta dibenarkan menghantar SATU foto penyertaan sahaja.
  • Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup (21 OKTOBER 2011) tidak akan dilayan.
  • SILA RUJUK POSTER DI ATAS kalau nak tahu tema apa.Tema kali ini ialah JOMBLO

Keseorangan, single, sunyi, sepi, sendiri aku benci. Itulah maksud JOMBLO.


***


Inilah gambar yang aku pertaruhkan ke-jomblo-annya.



TETAMU KESEPIAN

Kita ini tetamu kesepian,
Kita datang ini hanya sebagai tetamu kesepian,
Bila cukup detik,
Kembalilah kita kepada kesibukan,
Kita datang ini untuk kosong fikiran kosong dada ,
Bila pulang nanti bawa keinsafan bawa ketenangan.

Pada tetamu kesepian yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada dirimu kepada masyarakat,
Pada tetamu kesepian yang datang dan lupa jalan pulang,
Usahlah menyalahkan kepada dirimu kepada masyarakat.

Bila kita mesti melihat manusia terbiar kesepian,
Hingga mesti merempat ke biru laut,
Ke kuning darat,
Harus kita sedar penuh pada tugas,
Harus kita tegas teguh sembah seluruh rasa belas,
Harus kita hulur tangan pada yang kesepian...


***

Tatkala berbicara tentang manusia, tidak pernah terlepas daripada kesepian. Namun, itu semua terletak di atas bahu kita sama ada mahu keluar dari kesepian itu ataupun tidak. Gambar ini menunjukkan seorang anak orang asli berumur 15 tahun di Kampung Sungai Mas.

Kesepian atau tidak, dia tetap akan meneruskan kehidupannya kerana dia tahu bahawa kesepian tidak mampu untuk menyekat dirinya dari terus menimba ilmu dari alam yang luas ini. Benarlah kata-kata orang bahawa ilmu tidak diikat dengan 4 dinding kelas sahaja, ilmu adalah dunia ini.

Pergilah, timbalah ilmu sebanyak mana. Belajarlah dari alam yang luas ini. Teori takkan disahkan benar tanpa
aplikasi.


***


Aku kagum melihat kehebatannya apabila berbuat sesuatu. Aku punya kisah tersendiri bersama budak ini, yang boleh dikatakan genius didikan alam. Dia pernah bagi teka teki kepada aku. Dia letakkan tiga kad, di mana dua kad daripadanya adalah kad warna hitam dan satu lagi warna merah. Dia menyuruh aku memilih satu daripada kad tersebut, lalu aku memilih kad yang tengah. Kemudian dia buka salah satu kad tersebut dan kad itu berwarna hitam. Dia bertanya sama ada ingin menukar pilihan aku ataupun tidak. Kemungkinan aku menang adalah sebanyak 50% dan ia sama sahaja jika aku tukar ataupun tak. Tetapi dia cakap aku takkan menang kerana kad yang aku pilih itu adalah berwarna hitam dan dia ternyata betul.

Dia cakap kat aku kalau aku tukar pilihan aku itu, kemungkinan untuk aku betul adalah lebih tinggi. Aku berfikir sejenak dan setelah pulang inilah jawapan kepada persoalan budak tadi.


Ternyata budak itu telah bermain dengan probability walaupun dia tidak bersekolah. Aku amat kagum dengannya. Inilah jomblo-ers yang sejati.


Tertulis banyak la plak. Sorry...^,^


p/s : sesape yang nak tips tentang hdr yang aku buat kat atas tu, letak emel, insyaAllah aku akan emelkan kepada kamu semua.

THNX!!!

Saturday, October 1, 2011

Politik Yang Benar

Semenjak dua menjak ni aku jarang ada di universiti. Tetapi aku tetap ada masa duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan aku. Biasanya topik mereka takkan lari dari politik. Kadang-kadang tu, lawak juga dibuatnya, cakap macam dah-dah dia yang bertanding. Tambah-tambah lagi sekarang ni dah ramai pemimpin turun padang tengok rakyat.

Turun tengok rakyat tengok kebulur ke tak, miskin ke tak. Sekarang ni, kalau mana-mana yang nak 'sponsor' tu boleh lah mula minta dengan wakil-wakil rakyat masng-masing. Mengikut matematik aku yang setakat darjah 3 ni, 79% kau akan dapat. Tetapi bukan itu yang aku mahu tulis.

Sekarang ni, kalau tengok dalam berita, memang terang-terang dah nampak siapa yang berkuasa sekarang ni, Tambah-tambah lagi bila baca Utusan dan tengok TV3. Faham-fahamlah sendiri. Sekarang, apabila membaca berita, melihat video, kau boleh lihat betapa sekarang ini bukannya politik berdasarkan kebenaran, tetapi politik berdasarkan siapa yang pandai bercakap.

Sekarang, lihat sahaja betapa ramainya pemerintah yang pandai berpidato tetapi pidatonya hanya cakap kosong sahaja. Inilah orang melayu, asal lihat seorang yang pandai ceramah, pandai pidato, pandai menabur janji-janji kosong, terus dilantik sebagai pemerintah. Sebahagian ahli sejarah kata, Uthman bin Affan r.a. ketika kali pertama dia ingin berucap selepas dilantik sebagai khalifah, dia gagal untuk berucap di khalayak ramai.

Lalu Uthman berkata,"Sesungguhnya kamu berhajat kepada imam yang adil lebih banyak daripada seorang pemimpin yang pandai berpidato." Ya, pidato adalah sesuatu kelebihan pemimpin, memang, tidak dapat dinafikan lagi.

Kita lihat sahaja Adolf Hitler, Soekarno, Martin Luther King, semuanya adalah kaki pidato. Hitler, seorang yang tampak sahaja lemah di mata, tetapi mampu menggerakkan tenteranya dengan pidatonya yang hebat. Jika dilihat sejarah, rakyat-rakyat Hitler boleh dikatakan sebgai rakyat yang kejam, namun, dia mampu menggerakkan rakyatnya untuk terus mara dan memperbesarkan lagi kawasan mereka.

Pidato mereka ini bukannya orang melayu yang berceramah politik yang merapu tak kira masa. Cakapan mereka ini mempunyai isi-isi yang bernas, sebab itulah pidato mereka boleh ditulis dan direkodkan. Pidato mereka ini boleh menjadi suatu falsafah kepada generasi yang datang kemudian daripada mereka. Umar pernah berkata,"Hendaklah kamu faqih dan terus belajar."

Kadang-kadang perkara ini membuatkan aku tertanya,"Adakah kita ingin kebenaran ataupun kehebatan seseorang dalam berpidato?"

Sunday, April 3, 2011

Sedih Rasanya

Woahhh, sedey rase, sbb dh lame xupdate blog nie. Entah pape lah, hurmmm. Btw, xthu nk update ape sbnrnye..haha~

Tuesday, January 4, 2011

Aku Boikot CS4

Tajuk gila gempak!!!

Tapi memang kot, aku nak boikot CS4! Serius lambat gila bila nak render, tak kira ah CS4 apa pun..photoshop ker, flash ker, premiere ker, ae ker, smua lambat lah jawapannya!!!

Aku nak boikot!!

Aku nak boikot!!

Aku nak boikot!!

Tapi222...aku nak guna apa lepas ni kalau aku boikot diorang?=.="
Jadi, kawan2, berhentilah memboikot, ayuh kita tingkatkan prestasi kesabaran dalam diri kita yarhh!!!bukan mudah nak tingkatkan kesabaran dalam diri..adoiii!!!!

Tengah buat video showreel sebenarnya, lambat gila nak tunggu!!!arghh!!!!!