Demi menerima penghargaan, demi menerima kasih Perempuan Jomblo, aku ingin menyertai peraduan yang dibuat olehnya.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang peraduan ini, klik sini.
Ringkasan FotoRaduan™
- FotoRaduan adalah sebuah peraduan fotografi di mana setiap bulan kamu akan di beri satu tema mengikut suka hati aku.
- Setiap yang ingin menyertai mesti lah rakamkan gambar/imej berdasarkan tema yang telah diberikan.
- Selepas selesai merakam, kamu dibenarkan untuk menambahkan kesan khas (edit la) supaya gambar tersebut dapat menarik hati aku, selaku juri utama. Kalau tak edit pun tak apa.
- Sebarang typo/copy untuk menyokong foto tersebut adalah dibenarkan.
- Saiz WIDTH foto mestilah tidak lebih dari 1000px.
- Selepas siap dan berpuas hati dengan hasil kerja sendiri itu, kamu hendaklah tepek foto tersebut di blog/portal/website masing-masing dan ceritakan serba sedikit tentang foto serta masukkan link FotoRaduan bersama :)
- Kemudian copy link entry blog kamu itu dan paste kan pada ruang komen di sini untuk tujuan penilaian juri.
- Atau kamu boleh email kan LINK ke faridahnoor@gmail.com dengan subjek FOTORADUAN #Jomblo
- Penilaian adalah berdasarkan gambar siapa yang paling kreatif dan sejauh mana kamu mengolah pemahaman terhadap tema yang diberikan.
- Setiap peserta dibenarkan menghantar SATU foto penyertaan sahaja.
- Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup (21 OKTOBER 2011) tidak akan dilayan.
- SILA RUJUK POSTER DI ATAS kalau nak tahu tema apa.Tema kali ini ialah JOMBLO
Keseorangan, single, sunyi, sepi, sendiri aku benci. Itulah maksud JOMBLO.
***
Inilah gambar yang aku pertaruhkan ke-jomblo-annya.
TETAMU KESEPIAN
Kita ini tetamu kesepian,
Kita datang ini hanya sebagai tetamu kesepian,
Bila cukup detik,
Kembalilah kita kepada kesibukan,
Kita datang ini untuk kosong fikiran kosong dada ,
Bila pulang nanti bawa keinsafan bawa ketenangan.
Pada tetamu kesepian yang datang dan kenal jalan pulang,
Bawalah bakti mesra kepada dirimu kepada masyarakat,
Pada tetamu kesepian yang datang dan lupa jalan pulang,
Usahlah menyalahkan kepada dirimu kepada masyarakat.
Bila kita mesti melihat manusia terbiar kesepian,
Hingga mesti merempat ke biru laut,
Ke kuning darat,
Harus kita sedar penuh pada tugas,
Harus kita tegas teguh sembah seluruh rasa belas,
Harus kita hulur tangan pada yang kesepian...
***
Kesepian atau tidak, dia tetap akan meneruskan kehidupannya kerana dia tahu bahawa kesepian tidak mampu untuk menyekat dirinya dari terus menimba ilmu dari alam yang luas ini. Benarlah kata-kata orang bahawa ilmu tidak diikat dengan 4 dinding kelas sahaja, ilmu adalah dunia ini.
Pergilah, timbalah ilmu sebanyak mana. Belajarlah dari alam yang luas ini. Teori takkan disahkan benar tanpa
aplikasi.
***
Aku kagum melihat kehebatannya apabila berbuat sesuatu. Aku punya kisah tersendiri bersama budak ini, yang boleh dikatakan genius didikan alam. Dia pernah bagi teka teki kepada aku. Dia letakkan tiga kad, di mana dua kad daripadanya adalah kad warna hitam dan satu lagi warna merah. Dia menyuruh aku memilih satu daripada kad tersebut, lalu aku memilih kad yang tengah. Kemudian dia buka salah satu kad tersebut dan kad itu berwarna hitam. Dia bertanya sama ada ingin menukar pilihan aku ataupun tidak. Kemungkinan aku menang adalah sebanyak 50% dan ia sama sahaja jika aku tukar ataupun tak. Tetapi dia cakap aku takkan menang kerana kad yang aku pilih itu adalah berwarna hitam dan dia ternyata betul.
Dia cakap kat aku kalau aku tukar pilihan aku itu, kemungkinan untuk aku betul adalah lebih tinggi. Aku berfikir sejenak dan setelah pulang inilah jawapan kepada persoalan budak tadi.
Ternyata budak itu telah bermain dengan probability walaupun dia tidak bersekolah. Aku amat kagum dengannya. Inilah jomblo-ers yang sejati.
Tertulis banyak la plak. Sorry...^,^
p/s : sesape yang nak tips tentang hdr yang aku buat kat atas tu, letak emel, insyaAllah aku akan emelkan kepada kamu semua.
THNX!!!
No comments:
Post a Comment