Pages

Saturday, October 1, 2011

Politik Yang Benar

Semenjak dua menjak ni aku jarang ada di universiti. Tetapi aku tetap ada masa duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan aku. Biasanya topik mereka takkan lari dari politik. Kadang-kadang tu, lawak juga dibuatnya, cakap macam dah-dah dia yang bertanding. Tambah-tambah lagi sekarang ni dah ramai pemimpin turun padang tengok rakyat.

Turun tengok rakyat tengok kebulur ke tak, miskin ke tak. Sekarang ni, kalau mana-mana yang nak 'sponsor' tu boleh lah mula minta dengan wakil-wakil rakyat masng-masing. Mengikut matematik aku yang setakat darjah 3 ni, 79% kau akan dapat. Tetapi bukan itu yang aku mahu tulis.

Sekarang ni, kalau tengok dalam berita, memang terang-terang dah nampak siapa yang berkuasa sekarang ni, Tambah-tambah lagi bila baca Utusan dan tengok TV3. Faham-fahamlah sendiri. Sekarang, apabila membaca berita, melihat video, kau boleh lihat betapa sekarang ini bukannya politik berdasarkan kebenaran, tetapi politik berdasarkan siapa yang pandai bercakap.

Sekarang, lihat sahaja betapa ramainya pemerintah yang pandai berpidato tetapi pidatonya hanya cakap kosong sahaja. Inilah orang melayu, asal lihat seorang yang pandai ceramah, pandai pidato, pandai menabur janji-janji kosong, terus dilantik sebagai pemerintah. Sebahagian ahli sejarah kata, Uthman bin Affan r.a. ketika kali pertama dia ingin berucap selepas dilantik sebagai khalifah, dia gagal untuk berucap di khalayak ramai.

Lalu Uthman berkata,"Sesungguhnya kamu berhajat kepada imam yang adil lebih banyak daripada seorang pemimpin yang pandai berpidato." Ya, pidato adalah sesuatu kelebihan pemimpin, memang, tidak dapat dinafikan lagi.

Kita lihat sahaja Adolf Hitler, Soekarno, Martin Luther King, semuanya adalah kaki pidato. Hitler, seorang yang tampak sahaja lemah di mata, tetapi mampu menggerakkan tenteranya dengan pidatonya yang hebat. Jika dilihat sejarah, rakyat-rakyat Hitler boleh dikatakan sebgai rakyat yang kejam, namun, dia mampu menggerakkan rakyatnya untuk terus mara dan memperbesarkan lagi kawasan mereka.

Pidato mereka ini bukannya orang melayu yang berceramah politik yang merapu tak kira masa. Cakapan mereka ini mempunyai isi-isi yang bernas, sebab itulah pidato mereka boleh ditulis dan direkodkan. Pidato mereka ini boleh menjadi suatu falsafah kepada generasi yang datang kemudian daripada mereka. Umar pernah berkata,"Hendaklah kamu faqih dan terus belajar."

Kadang-kadang perkara ini membuatkan aku tertanya,"Adakah kita ingin kebenaran ataupun kehebatan seseorang dalam berpidato?"

No comments:

Post a Comment